• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PH Dakwa Najib Memudaratkan UMNO-BN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin PH Dakwa Najib Memudaratkan UMNO-BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan memudaratkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Beliau menerusi satu kenyataan di media sosial semalam mendakwa konon pengampunan bersyarat kepada Najib menjadikan UMNO dan BN berada dalam keadaan defensif kerana perlu menjawab semula isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

“Sejarah Najib Razak memimpin UMNO bukanlah sejarah gilang gemilang. Rakyat hanya perlu dua isu sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak iaitu isu cukai GST dan isu 1MDB.

“Daripada segi politik, Najib Razak kini betul-betul menjadi beban kepada UMNO dan juga PAS.Tidak ada beban, batu digalas,” dakwanya.

Hassan turut mendakwa konon pengampunan bersyarat kepada Najib memberi bola tanggung kepada PH untuk bertindak ofensif.

Dakwa beliau, PH begitu defensif sebelum ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikritik secara terbuka dan juga di media sosial tidak henti-henti setiap hari.

Beliau turut membangkitkan mengenai gabungan tiga tokoh politik iaitu Anwar, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya menjatuhkan Najib pada 2018. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Hassan Abdul Karim

Tags: dakwaanMemudaratkannajibPemimpin PHUMNO-BN
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

Najib Pulang Ke Langgak Duta, Jalani Baki Hukuman Penjara Secara Tahanan Rumah Berkuat Kuasa Serta-Merta

Najib Pulang Ke Langgak Duta, Jalani Baki Hukuman Penjara Secara Tahanan Rumah Berkuat Kuasa Serta-Merta

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd