• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak

oleh Mynewshub
18/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – UMNO Johor menerima keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan baki hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah dengan penuh kesyukuran dan menghormati proses Perlembagaan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berteraskan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, justeru semua pihak perlu menghormati proses serta keputusan yang dibuat melalui saluran sah.

Menurutnya, pelaksanaan baki hukuman melalui tahanan rumah perlu difahami berdasarkan kedudukan undang-undang serta terma keputusan rasmi yang dikeluarkan.

Beliau menegaskan keputusan berkenaan tidak seharusnya disalah tafsir sebagai pembebasan atau pembatalan sabitan terhadap Najib.

“Datuk Seri Najib masih menjalani baki hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Onn Hafiz berkata, UMNO Johor akan terus menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati proses Perlembagaan serta memelihara keharmonian, kestabilan dan kemuliaan institusi negara.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak supaya bersikap matang dan bertanggungjawab ketika membincangkan perkara berkenaan dengan mengutamakan fakta, menghormati undang-undang serta memelihara kepentingan negara.

UMNO Johor turut menyambut baik inisiatif UMNO Malaysia menyediakan Tabung Sumbangan bagi mereka yang mahu memberikan sokongan secara sukarela untuk membantu melunaskan denda yang dikenakan terhadap Najib. – MYNEWSHUB

Tags: najibnajib razakSambut Baiksokongtabung solidarititahanan rumahUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Dan Solidariti Rakyat

FB Najib Razak Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Dan Solidariti Rakyat

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia,...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd