• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

oleh Mynewshub
18/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli parti menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Seri Paduka Baginda serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

“Dengan penuh takzim, saya bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, UMNO menyambut keputusan berkenaan dengan penuh kesyukuran kerana perkembangan itu amat bermakna kepada Najib dan keluarganya serta seluruh keluarga besar UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

Beliau berkata, pendirian UMNO sejak awal adalah membawa permohonan berkenaan dengan penuh tertib dan rendah hati melalui saluran yang ditetapkan.

Katanya, penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan UMNO.

Presiden UMNO turut menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan menyifatkan limpah ihsan Yang di-Pertuan Agong itu membawa kelegaan amat besar kepada Najib serta keluarganya.

Menurutnya, perkembangan tersebut juga akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh ahli UMNO menyambut perkembangan itu dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan terus menghormati segala proses yang ditetapkan.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Yang di-Pertuan Agong serta memelihara keamanan dan keharmonian negara. – MYNEWSHUB

Tags: Jalani Tahanan RumahJunjung kasihLimpah IhsannajibPerkenanUMNOYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd