• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duyong Bukan Milik Mana-Mana Parti – DAP Melaka

oleh Mynewshub
18/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Duyong Bukan Milik Mana-Mana Parti – DAP Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bukan milik mana-mana parti atau individu, sebaliknya rakyat mempunyai hak menentukan siapa yang akan mewakili mereka.

Beliau berkata demikian susulan reaksi yang timbul selepas kenyataannya mengenai persediaan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang dilaporkan sebagai usaha untuk “merampas” kerusi Duyong.

Menurut Poay Tiong, ketika ditanya mengenai PRN akan datang, beliau sekadar menyatakan DAP akan melakukan yang terbaik dan berusaha mendapatkan sokongan rakyat.

Namun katanya, penggunaan perkataan “rampas” dalam laporan berhubung kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kenyataan mahu “lawan habis-habisan” serta mahu DAP kehilangan deposit.

“Sampai ada yang kata mahu “lawan habis-habisan”, malah ada yang mahu DAP kalah deposit. Bagi saya, tidak perlu sampai begitu.

“Kalau mahu bertanding, kita bertanding. Kalau mahu bersaing, kita bersaing. Bersainglah dengan dasar, dengan rekod kerja, dengan khidmat kepada rakyat. Tak perlu cipta musuh. Tak perlu timbulkan kebencian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, rakyat Duyong cukup matang untuk membuat penilaian sendiri dan parti politik tidak seharusnya menentukan bagi pihak mereka siapa yang patut dipilih.

Poay Tiong turut menegaskan beliau tidak takut menghadapi persaingan dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak lain mahu bersaing dengan DAP kerana perkara itu merupakan hak semua pihak dalam sistem demokrasi.

Bagaimanapun, beliau berharap persaingan pilihan raya tidak menyebabkan pihak yang berbeza pendirian politik bermusuhan sesama sendiri.

“Kita boleh berbeza politik. Kita boleh berlawan dalam pilihan raya. Tetapi akhirnya, kita semua masih mahu yang terbaik untuk rakyat Duyong. Pertandingan biar matang. Keputusan biar di tangan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan DAP menyasarkan Duyong pada PRN Melaka akan datang selepas parti itu tewas kepada BN dengan majoriti 200 undi pada PRN 2021. – MYNEWSHUB

Tags: Bukan milikDAP MelakaDUNDuyongMana-Mana Parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri

PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan PN bukan milik mana-mana parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd