• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

oleh Mynewshub
16/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara sempena sambutan Hari ATM Ke-93 hari ini.

Sultan Ibrahim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM turut mengucapkan selamat menyambut Hari ATM Ke-93 kepada seluruh pegawai dan anggota pasukan berkenaan.

Seri Paduka Baginda mendoakan agar seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta semangat juang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air tercinta.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada pesara ATM atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam pasukan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam hantaran berasingan sempena Hari Malaysia, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan selamat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan keamanan berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang menjadi asas penting kepada kekuatan serta kestabilan negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: AgongHari ATM Ke-93pesara tenteraWarga ATMZahir Penghargaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd