PADA tahun 2023, layanan broadband satelit Starlink milik Elon Musk secara rasmi memasuki Malaysia, dan kini SpaceX berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan teknologi direct to device (D2D) ke Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga ingin menggunakan peluang ini untuk meningkatkan jangkauan isyarat di kawasan terpencil serta menggunakan Starlink bagi infrastruktur maklumat kritikal negara.
Namun apabila infrastruktur komunikasi ditempatkan di angkasa lepas, masalah yang dihadapi oleh Malaysia bukan lagi “adakah terdapat internet”, tetapi “siapa yang menguasai internet”.
Teknologi D2D memberi peluang kepada Malaysia menyambungkan kawasan terpencil tetapi juga membawa cabaran dalam bidang kedaulatan dan keselamatan negara.
Risiko kedaulatan data dan geopolitik
Pengenalan teknologi D2D akan membawa risiko strategik kepada Malaysia.
Ini kerana sistem Starlink dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat SpaceX.
Infrastrukturnya boleh memindahkan data secara bebas melalui pautan laser antara satelit tanpa melalui pusat pertukaran Internet tempatan yang dipantau oleh Malaysia.
Ini bermaksud bahawa Starlink mampu menghantar maklumat sensitif ke luar negara tanpa disedari, dan inilah alasan utama ramai negara enggan menggunakan teknologi tersebut.
Risiko geopolitik turut merupakan salah satu masalah besar yang membimbangkan. Selepas peperangan Rusia dan Ukraine bermula, kerajaan serta pasukan tentera Ukraine cepat bergantung kepada Starlink bagi tujuan komunikasi dan arahan operasi tentera.
Walau bagaimanapun, Elon Musk telah sering kali mengehadkan perkhidmatan Starlink atas dasar pendirian peribadinya, malah kerajaan Amerika Syarikat pada tahun lepas turut mencadangkan perjanjian nadir bumi yang ketat kepada Ukrine dan menggunakan perkhidmatan Starlink sebagai modal rundingan.
Keadaan tersebut bermakna akses ke Starlink kemungkinan besar akan digunakan sebagai modal rundingan untuk memaksa Malaysia mengalah dalam isu-isu seperti sumber daya negara dan pendirian politik.
SpaceX sangat bergantung kepada kontrak dan lesen operasi kerajaan Amerika Syarikat, dengan kira-kira 20% hasilnya datang daripada kontrak kerajaan Amerika Syarikat, termasuk satelit “Starshield” yang direka khas bagi tujuan ketenteraan Amerika Syarikat.
Sebagai sebuah syarikat yang berkait rapat dengan kepentingan kerajaan Amerika Syarikat, Starlink pada masa depan akan pasti digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menghalang negara kita daripada bersuara menyokong Palestin serta meraih kepentingan mineral kritikal Malaysia seperti nadir bumi.
Pengurusan sempadan yang lebih kompleks
Starlink telah dianggap sebagai alat komunikasi jenayah yang efektif oleh kumpulan-kumpulan haram.
Kumpulan bersenjata di Sudan dan Republik Demokratik Congo menggunakan Starlink untuk membina rangkaian yang boleh mengelak pengawasan.
Presiden Myanmar mengecam SpaceX kerana ia tidak mengawal penggunaan peranti Starlink secara meluas dalam aktiviti penipuan global.
Selain itu, Kerajaan India mendapati peranti Starlink digunakan oleh organisasi bersenjata dan sindiket penyeludupan dadah untuk berkomunikasi, tetapi SpaceX enggan menyediakan rekod berkaitan kepada kerajaan India dengan alasan undang-undang privasi.
Sejak sekian lama, Wilayah sempadan kita terdedah kepada masalah seperti penyeludupan dadah, perdagangan manusia dan rangkaian jenayah antarabangsa.
Penggunaan teknologi D2D Starlink secara meluas akan menyukarkan pihak berkuasa mengesan aliran dana, pengangkutan senjata serta situasi pelaksanaan aktiviti haram.
Tambahan pula, Starlink akan melemahkan keberkesanan mekanisme berkaitan dan mengurangkan ruang autonomi Malaysia dalam pengurusan sempadan meskipun perjanjian kerjasama keselamatan sempadan telah ditandatangani oleh Malaysia dan beberapa negara lain.
Oleh sebab itu, kemasukan perkhidmatan D2D Starlink mesti dikawal selia secara ketat melalui rangka kerja keselamatan negara dan pengawasan yang kukuh.
Hak istimewa Starlink dan cabaran alam sekitar
Starlink yang tanpa pelaburan tempatan tidak sahaja memberi sumbangan yang terhad, malah akan melemahkan daya saing industri komunikasi tempatan.
Pada tahun 2023, kerajaan Malaysia telah memberi keistimewaan kepada Starlink dengan membenarkan pemilikan asing 100%, sedangkan undang-undang Malaysia menyatakan bahawa pemilikan asing tidak boleh melebihi 49%.
Oleh itu, Starlink tidak perlu melakukan pengeluaran tempatan dan latihan teknikal, membangunkan kemampuan industri atau mendorong pemindahan teknologi.
Lagipun teknologi D2D berbeza daripada broadband satelit, ia akan mengambil spektrum frekuensi Malaysia yang terhad.
Spektrum frekuensi merupakan salah satu sumber strategik nasional yang langka dan infrastruktur komunikasi, tentera serta keselamatan negara semuanya bergantung kepadanya.
Jika Starlink dibenarkan menggunakan spektrum frekuensi, keadaan ini akan menyebabkan gangguan kepada rangkaian komunikasi sedia ada, menyempitkan ruang hidup operator telekomunikasi domestik dan melemahkan kuasa kawalan komunikasi negara.
Ini akan menyebabkan lebih banyak faedah ekonomi serta maklumat keselamatan negara mengalir ke luar negara.
Selain itu, kebergunaan teknologi D2D di Malaysia juga mendapat pertimbangan serius.
Sebagai negara tropika, ribut petir dan hujan lebat dapat mengganggu pautan komunikasi serta menyebabkan kelewatan atau gangguan isyarat.
Isu ini boleh memberi kesan yang amat buruk kepada senario komunikasi kecemasan seperti pertolongan bencana, perubatan cemas dan pemulihan infrastruktur utama.
Sekarang sudah ada kes-kes yang membuktikan bahawa rangkaian komunikasi angkasa lepas boleh jadi modal rundingan atau tempat perlindungan untuk aktiviti haram.
Kerajaan perlu menyedari bahawa jika ingin meneruskan pembangunan negara, kita wajib memperkuat ketahanan teknologi dan sistem pengawasan tempatan, supaya penghantaran isyarat berkhidmat kepada kepentingan negara.


