• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

oleh Mynewshub
05/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil menjelaskan bahawa dia sudah meninggalkan sepenuhnya aktiviti berkenaan sejak awal 2018 selepas memahami hukum Yoga dalam Islam.

Menurut wanita terbabit, video yang kembali tersebar di media sosial itu sebenarnya rakaman lama pada 2017 ketika dia bersama seorang rakannya mengikuti latihan selama sebulan di India bagi melengkapkan sijil 200 jam sebagai tenaga pengajar Yoga.

“Saya nak jelaskan bahawa video yang sedang disebarkan itu adalah video lama, hampir 10 tahun yang lepas, iaitu pada tahun 2017. Ketika itu, saya belajar selama sebulan di India untuk melengkapkan sijil 200 jam sebagai Yoga teacher,” katanya dalam satu kenyataan penjelasan.

Dia mengakui terdapat beberapa aktiviti berbentuk ritual sepanjang program berkenaan, namun menegaskan mereka tidak menyertai sebarang penyembahan atau ritual keagamaan.

“Memang ada beberapa aktiviti berbentuk ritual sepanjang program itu, tetapi kami berdua duduk di belakang sekali dan langsung tidak terlibat dalam sebarang penyembahan atau ritual keagamaan.

“Meditation class juga kami tak hadirkan diri. Kami datang hanya untuk mengikuti latihan Yoga kerana pada waktu itu kami menganggap Yoga sebagai exercise semata-mata,” katanya.

Menurutnya, kekurangan ilmu ketika itu menyebabkan dia meneruskan latihan selama 200 jam termasuk menduduki peperiksaan dan mengajar Yoga sebagai sebahagian daripada latihan tersebut.

Selepas pulang ke Malaysia, katanya, dia sempat mengajar Yoga selama beberapa bulan di sebuah studio sebelum suaminya berkongsi penjelasan pihak mufti mengenai hukum Yoga dalam Islam.

“Dari situ saya mula tambah ilmu dan sedar bahawa walaupun niat saya hanya untuk exercise dan tiada sebarang ritual atau bacaan agama dalam kelas yang saya ajar, niat yang baik tetap tidak menghalalkan cara.

“Sebaik sahaja saya faham hukumnya, saya terus berhenti. Sejak awal tahun 2018, saya langsung tidak pernah mengajar atau melakukan Yoga lagi dalam kehidupan saya,” katanya.

Wanita itu berkata, semua video berkaitan Yoga termasuk rakaman sepanjang berada di India telah lama dipadam, namun video yang kini tersebar semula dipercayai diambil daripada akaun lama kenalannya.

Dia turut mendakwa pihak yang menghasilkan hantaran tular berkenaan telah menyunting video itu dengan menambah rakaman lain serta muzik latar sehingga memberikan gambaran seolah-olah mereka melakukan ritual di India.

“Ini adalah fitnah dan tuduhan yang berat. Saya sendiri malu untuk mengaku bahawa saya pernah mempunyai sijil 200 jam sebagai Yoga teacher. Tetapi itu adalah kesilapan lama yang saya lakukan kerana kurang ilmu.

“Setelah saya tahu dan faham hukumnya, saya terus tinggalkan semuanya dan tidak pernah kembali melakukannya sehingga hari ini,” katanya.

Dia turut melahirkan kekesalan apabila video hampir sedekad lalu itu disebarkan semula tanpa konteks serta tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

Menurutnya, penyebaran berkenaan menyebabkan dia menerima pelbagai kecaman dan tuduhan sehingga menjejaskan nama baik serta reputasinya sebagai seorang Muslimah, isteri dan ibu.

Sehubungan itu, dia meminta pihak yang menghasilkan video terbabit memadamkannya dan menghentikan penyebaran kandungan yang disifatkannya sebagai mengelirukan.

Dia turut memberi amaran akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menghasilkan atau terus menyebarkan maklumat yang didakwanya tidak benar sehingga mencemarkan nama baiknya.

“Manusia boleh melakukan kesilapan kerana kekurangan ilmu. Tetapi apabila kita sudah tahu, kita belajar, kita perbetulkan diri dan kita tinggalkan perkara tersebut.

“Itulah yang telah saya lakukan sejak lebih lapan tahun yang lalu,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Belajar YogaDua WanitaIndiaMuslimpenjelasanTularvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohamad Sabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd