• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa berdepan tekanan, penghinaan dan ugutan.

Menurut beliau, bukan mudah untuk menyatupadukan ummah seperti yang dituntut oleh agama kerana usaha itu perlu menempuhi pelbagai cabaran dan halangan sebelum dapat direalisasikan.

“Kita ditekan, kita dihina, kita dilemparkan dengan pelbagai ugutan, tetapi kita tetap terus untuk menyatupadukan ummah ini kerana kita yakin, inilah perjuangan yang dituntut oleh Islam.

“Alhamdulillah, kita sudah sampai ke tahap yang kita sendiri tidak boleh bayangkan hari ini. Maka kali ini tanggungjawab kita untuk pertahankan dan menjaganya dengan sepenuh hati kita,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO malah akan terus memainkan peranan memimpin dan menjaga usaha penyatuan ummah meskipun terdapat pihak yang tidak mahu melihat agenda tersebut berjaya.

Beliau mendakwa akan ada pihak yang cuba menggagalkan usaha berkenaan, namun menegaskan Pemuda UMNO tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut.

Menerusi hantaran berasingan, Muhamad Akmal berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa dalam perjuangan dan beliau juga tidak mengharapkan pujian atas pendirian yang dibawanya.

“Dalam perjuangan ini kita boleh berbeza pendapat. Dalam perjuangan ini saya juga tidak mengharapkan pujian. Tetapi jika disebabkan perjuangan ini saya dihina sedemikian rupa, saya terima dan saya maafkan.

“Kerana perjuangan ini bukan soal diri saya, tetapi apa yang lebih penting adalah kepentingan ummah. Teruskan untuk saya mengalah, tidak sama sekali,” katanya.

Muhamad Akmal menegaskan kepentingan ummah perlu mengatasi kepentingan peribadi dan beliau akan terus mempertahankan perjuangan tersebut meskipun berdepan kritikan serta tentangan. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal SalehDiteruskanPemuda UMNOpenyatuan ummah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Jangan Hancurkan Penyatuan Ummah Kerana Berebut Kerusi PRU16 – Muqharabbin

Jangan Hancurkan Penyatuan Ummah Kerana Berebut Kerusi PRU16 – Muqharabbin

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai yang kini menyertai PAS, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengingatkan parti-parti yang...

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd