• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

oleh Mynewshub
03/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum tempoh penggal Parlimen berakhir.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Media Prima Berhad (MPB)

Beliau dipetik sebagai berkata, PRU16 diadakan lebih awal akan membolehkan mandat mentadbir Kerajaan Persekutuan dapat dikembalikan kepada rakyat.

“Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh. Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya,” katanya.

Menjawab soalan berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid berkata, perkara itu ditentukan berdasarkan prinsip manfaat dan mudarat.

Beliau memberi contoh BN bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini kerana landskap politik di negeri itu mengkehendaki begitu.

Bagaimanapun, kata beliau, dalam PRN Negeri Sembilan, BN merasakan manfaat itu lebih baik jika bersama dengan mana-mana parti gabungan.

“Jadi, antara manfaat dengan mudarat ini, kita membuat perkiraan politik dari segi perimbangan sesebuah negeri. Kita mahu lihat selepas itu ‘profit and loss account’ dari segi politiknya,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun turut mengakui akar umbi UMNO ketika ini mahukan supaya perpaduan dalam kalangan orang Melayu dilakukan.

“Justeru, kita menjadikan itu sebagai keutamaan untuk kita melakukan sesuatu bagi mewarnai masa depan politik kita.

“Namun, kita juga harus mengakui hakikat kemajmukan di negara kita harus dijadikan sebagai landasan untuk kita melalui liku-liku politik yang semakin kompleks untuk dekad yang mendatang,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: AwalBNDatuk Seri Dr. Ahmad Zahid HamidPendirianPRU16UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd