• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

oleh Mynewshub
28/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai ke penghujung.

Selepas beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN), sukar untuk meminta para penyokong BN untuk terus berpura-pura bahawa semuanya masih baik-baik sahaja.

Kenyataan semasa daripada barisan pimpinan PH malah lebih banyak memburukkan BN daripada mempertahankan sebuah hubungan yang sebelum ini dihujahkan atas perpaduan.

Pentas politik seperti kongres PKR dan persidangan DAP 2026 menjadi gelanggang terbuka untuk BN menerima pukulan berterusan.

Senario terkini semakin panas apabila pemimpin BN mula berdepan tindakan mahkamah selari dengan pelbagai dakwaan PH terhadap BN yang kedengaran sebelum ini.

Sudah tentu proses undang-undang mesti dihormati dan setiap individu berhak kepada proses sewajarnya.

Namun dari sudut politik, urutan perkembangan tersebut sudah cukup untuk mencetuskan rasa sangsi dan meluat dalam kalangan penyokong BN.

Sebab itu sebahagian pemimpin akar umbi BN mula menyerang balas. Mereka tidak lagi mahu sekadar menjadi penonton sambil menunggu arahan daripada atas.

Menariknya, semua ini berlaku ketika ramai pemimpin kanan BN masih memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati atau berdiam diri.

BN bagaimanapun perlu segera menyedari bahawa parti itu tidak semestinya berseorangan menghadapi keadaan ini.

Rakyat mengikuti perkembangan politik, membaca kenyataan setiap pihak dan mampu membuat penilaian sendiri.

Jika BN merasakan dirinya diperlakukan secara tidak seimbang dalam sebuah kerjasama, parti itu perlu menjelaskan pendiriannya dengan berani dan terbuka, bukannya terus berada dalam hubungan yang semakin sukar.

Lebih penting, perkembangan politik mutakhir sebenarnya membuka ruang yang semakin luas untuk BN menilai semula hala tujunya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Pintu untuk membentuk kerjasama rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) kini bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dibicarakan.

Kedua-duanya mempunyai sejarah persaingan dan perbezaan, tetapi politik tidak pernah mengenali istilah musuh atau kawan selama-lamanya.

Kalau BN PH yang pernah bertempur habis-habisan akhirnya boleh duduk semeja, tentu tiada hukum politik mengatakan BN PN tidak boleh melakukan perkara sama.

Akhirnya BN perlu memilih sama ada mahu terus mempertahankan hubungan ‘paksa rela’ yang semakin mengundang kemarahan akar umbi atau membuka lembaran politik baharu menjelang PRU16. – MYNEWSHUB

 

Tags: BerakhirBNhubunganPaksa RelaPHrencana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd