• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Zahid Ziarah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin di Perlis

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
TPM Zahid Ziarah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin di Perlis
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Sanglang, Perlis.

Ahmad Zahid berkata, kunjungan itu dilakukan sempena kehadirannya ke Alor Setar, Kedah bagi merasmikan Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) 2035.

Menurut beliau, keadaan kesihatan Hashim yang semakin pulih memberikan kegembiraan kepadanya.

“Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat keadaan kesihatan Tuan Guru yang semakin pulih. Kami sempat berbual, bertanya khabar dan saling mendoakan.

“Pertemuan yang ringkas, tetapi cukup bermakna,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Ahmad Zahid berkata, beliau sentiasa menghormati Hashim sebagai seorang ilmuwan yang telah lama mendidik masyarakat serta memberikan panduan kepada ummah.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan supaya Mursyidul Am PAS itu terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia dalam keberkatan.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru kesihatan yang baik, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan serta memberikan kekuatan untuk terus menyumbang kepada agama, ummah dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahid Hamidi

Tags: Datuk Hashim JasinDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiMursyidul Am PASPresiden UMNOTimbalan Perdana Menteriziarah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd