• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

oleh Mynewshub
21/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan parti itu adalah parti masa depan yang akan terus meneroka idea baharu serta mengangkat martabat rakyat.

Menurutnya, BERSATU bertekad untuk menjulang perjuangan berteraskan ‘politics of hope’ dan menentang ‘politics of fear’

“BERSATU adalah parti masa depan yang akan terus meneroka idea baru dan mengangkat martabat rakyat.

“Kami bertekad untuk menjulang perjuangan ‘politics of hope’ dan menyerang ‘politics of fear!’ BERSATU bertenaga, melangkah maju demi negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, beliau malam tadi mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Selangor yang antara lain memberi tumpuan kepada bedah siasat prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, kepimpinan parti sepakat untuk menggalas tanggungjawab secara kolektif susulan prestasi berkenaan.

“Kami sepakat untuk menggalas tanggungjawab yang kolektif dan terus berusaha untuk memperkukuhkan perjuangan yang luhur ini dan tuntas membawa perubahan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam PRN Johor pada 11 Julai lalu, BERSATU yang bertanding sebagai sebahagian calon Perikatan Nasional (PN) gagal memenangi sebarang kerusi.

Keseluruhan 56 kerusi DUN Johor dimenangi Barisan Nasional (BN) sebanyak 48 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.

BERSATU sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu selepas parti itu bertanding di 24 kawasan DUN.

Berdasarkan keputusan rasmi, BN memenangi 18 kerusi, PH 11 dan PN tujuh kerusi, manakala kesemua calon BERSATU tidak berjaya memenangi kerusi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Azmin Ali

 

Tags: BERSATUDatuk Seri Mohamed Azmin AliParti Pribumi Bersatu Malaysiasetiausaha agung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd