MELAKA – Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan individu lain.
Wakil dari Negeri Sembilan tersebut, Mohd Shariman Che Deris berkata, langkah itu memandangkan pemimpin UMNO terbabit sedang terlibat dalam konflik berkaitan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)
“Saya fikir tak salah sekiranya Pengerusi Mara itu diubah memandangkan beliau sekarang sedang terlibat dengan konflik RCI TH, malah sibuk pula saman, LOD sana dan sini.
“Bagi dia bertenang, mungkin tempoh bertenang. Maka kita boleh uruskan yang lain di bawah kapasiti Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026.
Perwakilan PKR itu turut mencadangkan PKR memberikan jawatan tertentu dalam kerajaan kepada wakil parti berkenaan bagi memastikan parti mempunyai ruang dan pengaruh untuk mendekati masyarakat. – MYNEWSHUB


