• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

oleh Mynewshub
15/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk ‘Amanah Membina Maruah Ummah’ membangkitkan isu penyelewengan dalam Tabung Haji.

Teks khutbah berkenaan menyatakan apabila berlaku rasuah, pecah amanah, penipuan atau salah guna kuasa, bukan sahaja harta terjejas, malah keyakinan masyarakat dan maruah institusi turut tercalar.

Justeru, khutbah Jumaat itu menyeru umat Islam menyokong usaha pemulihan bagi memperkukuh tadbir urus, meningkatkan ketelusan dan memelihara amanah masyarakat.

Dalam masa sama, khutbah berkenaan menyeru umat Islam supaya amanah dalam menerima dan menyebarkan maklumat serta tidak terburu-buru menghukum berdasarkan sangkaan atau maklumat yang belum dipastikan kebenarannya.

“Justeru, seorang Mukmin hendaklah bersikap tabayun, merujuk sumber yang berautoriti, membezakan antara fakta dengan dakwaan, serta menyerahkan soal kesalahan dan hukuman kepada proses undang-undang yang sewajarnya.

“Inilah akhlak Islam dalam menghadapi sesuatu isu: tegas terhadap penyelewengan, tetapi tetap adil dalam membuat penilaian”

Selain itu, khutbah Jumaat semalam menyeru umat Islam supaya mengambil iktibar daripada apa jua penemuan hasil siasatan dan tindakan menurut lunas undang-undang.

“Pelbagai perkembangan berkaitan tadbir urus institusi umat menjadi perhatian masyarakat. Apa jua penemuan hasil siasatan dan tindakan menurut lunas undang-undang hendaklah dijadikan iktibar bahawa amanah tidak boleh dipandang ringan.

“Islam tidak mengajar kita sekadar mencari kesalahan, tetapi menuntut islah dengan memperbaiki kelemahan, memperkukuh tadbir urus dan ketelusan serta membina semula keyakinan masyarakat”

Menurut khutbah itu, Tabung Haji sebagai institusi tempat umat Islam menyimpan dan mengurus persediaan menuju Baitullah merupakan amanah bersama yang mesti dipelihara dan terus diperkukuh demi maslahat umat hari ini dan generasi akan datang.

“Justeru, usaha memelihara keyakinan terhadap institusi umat hendaklah berjalan seiring dengan usaha memperteguh integriti serta membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Atas prinsip inilah usaha pencegahan dan pembanterasan rasuah perlu terus diperkasakan demi membina sebuah negara yang berintegriti, amanah dan bermaruah.”

Khutbah itu diakhiri dengan mengingatkan umat Islam bahawa setiap jawatan, kuasa, harta, ilmu dan tanggungjawab merupakan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

“Jauhilah rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa kerana perbuatan tersebut bukan sahaja merugikan harta, bahkan menghakis kepercayaan dan mencemarkan maruah ummah.

“Jadilah masyarakat yang amanah bukan sahaja dalam pekerjaan dan urusan harta, tetapi juga ketika menerima dan menyampaikan maklumat” – MYNEWSHUB

Sumber Info: https://www.islam.gov.my/images/KHUTBAH_JUMAAT_14_OGOS_2026_-_AMANAH_MEMBINA_MARUAH_UMMAH.pdf

 

Tags: isuJakimkhutbah jumaatpecah amanahPenyelewenganrasuahTabung HajiTeksumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd