ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi.
JDT menghasilkan tiga jaringan menerusi gerakan permainan terbuka, sedangkan tiga gol Chelsea FC hasil daripada dua sepakan penalti dan satu gol sendiri.
Situasi itu mencetuskan persepsi Chelsea bergantung kepada peluang daripada bola mati serta jaringan sendiri pihak lawan untuk mengelak kekalahan teruk kepada JDT.
Sebahagian netizen berpandangan aksi JDT malan tadi seolah-olah sebuah pasukan dari Malaysia sedang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
Harimau Selatan malah dipuji kerana langsung tidak kelihatan gentar berdepan kelab yang memiliki reputasi besar di pentas Eropah itu.
Lebih menarik, JDT beberapa kali mempamerkan permainan menyerang yang berani dan tersusun sehingga berjaya menghasilkan tiga gol.
Keputusan 3-3 itu juga dilihat sebagai satu lagi bukti kemampuan JDT untuk bersaing dengan kelab bertaraf dunia. – MYNEWSHUB


