• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

oleh Mynewshub
10/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri bahawa FELDA mahu menjual hotel milik agensi itu di London pada harga £100 juta.

Menurut beliau, bekas Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang baru dua bulan tidak disambung kontrak mengesahkan tiada sebarang proposal oleh FELDA untuk menjual asetnya di luar negara sebelum ini.

“PMX (Anwar) kata FELDA nak jual hotel pada harga £100 juta, sedangkan hotel dibeli pada harga £160 juta. Tapi dia tidak sebut hotel mana yang FELDA nak jual.

“Kalau betul FELDA nak jual hotel, mesti dia (Ahmad Shabery) tahu kerana urusan nak jual aset dah tentu dibuat selama beberapa bulan sebelumnya dan Pengerusi FELDA mesti diberitahu dan dilibatkan bersama.

“Tambahan pula, Ahmad Shabery cakap setahu dia, memang tak ada hotel yang dibeli pada harga £160 juta secara individu,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Rahimi berkata, hasil carian beliau di internet pula mendapati hotel Grand Plaza Kensington yang dibeli oleh FELDA pada tahun 2014 dibeli pada harga £60.

Menurut beliau, Grand Plaza Service Apartment, pula dibeli pada tahun 2013 cuma pada harga £98 juta.

“Bila PMX dah sebut, jadi kenalah terang pada rakyat. Hotel mana sebenarnya nak jual, berapa sebenarnya harga dan kenapa nak kena jual.

“Paling penting betul kah nak jual? Sebab kata Ahmad Shabeery, penjualan aset FELDA dilakukan dari atas ke bawah.

“Arahan jual akan datang daripada MOF (Kementerian Kewangan) serta Lembaga Penasihat JPM kepada FELDA.

“Jadi kita nak tahu la, apa cerita ini. Bila dah sebut dalam ucapan, jangan bagi rakyat ‘confuse’,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Rahimi Osman

Tags: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar IbrahimBekas Pengerusi FELDADatuk Seri Ahmad Shabery CheekHotel FeldajualPerdana MenteriRahimi OsmanRakyat Confuse
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd