KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau skim ‘Pay Later’
Menurut beliau, kemudahan bayaran ansuran yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) tersebut adalah tanpa faedah atau caj tambahan.
“Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim ‘Pay Later’ dan tiada faedah atau caj tambahan.
*Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Fadhlina berkata, kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah membantu golongan wanita yang belajar menjahit di bawah program NADI Mahir.
Kata beliau, lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program itu kini memasuki pengambilan keempat.
“Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti,” katanya.
Ujar beliau, mereka yang terlibat termasuk suri rumah dan ibu tunggal sekali gus memberi peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.
“Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhlina Sidek


