JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 9 Ogos ini.
Laman media sosial Johor Southern Tigers mengesahkan perlawanan tersebut akan berlangsung esok dengan sepak mula pada pukul 8 malam.
Aksi penuh berprestij itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim yang dijangka dibanjiri penyokong bola sepak tempatan serta peminat Chelsea dari seluruh rantau Asia Tenggara.
Tiket bagi menyaksiksn perlawanan penuh bersejarah itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi tickethotline.com.my – MYNEWSHUB
Sumber Info: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers


