• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

oleh Mynewshub
08/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai langkah segera memperketatkan aspek keselamatan dan tahap kecergasan kru untuk bertugas.

 

Menurut MAG, fasa pertama saringan itu sudah dimulakan dan dijangka selesai selewat-lewatnya 15 Ogos ini.

 

Juruterbang yang gagal melengkapkan proses saringan dalam tempoh ditetapkan tidak akan dibenarkan mengendalikan penerbangan sehingga mereka mendapat pelepasan mengikut prosedur MAG serta keperluan pihak berkuasa penerbangan.

 

Langkah tersebut diambil susulan insiden baru-baru ini melibatkan penahanan seorang juruterbang syarikat penerbangan berkenaan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, keselamatan operasi serta tahap kecergasan kru untuk menjalankan tugas merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi.

 

Menurutnya, MAG memandang serius sebarang pelanggaran standard keselamatan dan bertindak segera mempertingkatkan saringan dadah mandatori melibatkan juruterbang aktif.

 

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kejadian berkenaan merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan tahap profesionalisme sebahagian besar kakitangan MAG.

 

Selain saringan melibatkan 1,260 juruterbang Malaysia Airlines, MAG akan memperkenalkan saringan dadah wajib kepada semua juruterbang aktif dalam kumpulannya, sebagai tambahan kepada program ujian rawak yang sudah dilaksanakan.

 

Program berkenaan kemudiannya akan diperluaskan kepada kru kabin aktif.

 

Juruterbang Ditahan Bukan Kendalikan Pesawat

 

Dalam pada itu, MAG menjelaskan individu yang terbabit dalam insiden berkenaan merupakan seorang Second Officer yang berada di tempat duduk tambahan atau jump seat di kokpit sebagai pemerhati dan bukan juruterbang yang mengendalikan pesawat ketika itu.

 

Individu terbabit juga dilaporkan tidak bertugas selama dua hari sebelum kejadian.

 

Menurut MAG, penerbangan berkenaan dikendalikan dengan selamat sepanjang masa oleh dua juruterbang operasi yang berkelayakan.

 

MAG menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai sama sekali tidak boleh diterima dan bertentangan dengan standard profesional yang ditetapkan kepada kakitangannya.

 

Sementara itu, MAG berkata langkah baharu tersebut akan melengkapi kerangka sedia ada bagi memastikan kru berada dalam keadaan sesuai untuk bertugas.

 

Antara langkah yang sudah dilaksanakan termasuk saringan sebelum pengambilan pekerja, pensijilan perubatan Kelas 1 untuk juruterbang, latihan berkala, ujian alkohol dan dadah secara berkala serta pemeriksaan pematuhan wajib sebelum penerbangan.

 

Sebelum setiap penerbangan, juruterbang turut menjalani penilaian IMSAFER bagi menilai keadaan fizikal dan mental masing-masing sebelum bertugas.

 

IMSAFER merangkumi aspek penyakit, pengambilan ubat, tekanan, alkohol, keletihan, emosi serta tempoh terkini pengalaman penerbangan.

 

MAG menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa penerbangan, penguatkuasaan serta badan kawal selia bagi memperkukuhkan langkah pencegahan dan memastikan pematuhan terhadap semua keperluan keselamatan yang berkaitan. -MYNEWSHUB

Tags: dadahJuruterbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd