• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, perkara yang penting dalam PRN Melaka adalah kesefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menyekat Pakatan Harapan (PH) seperti di Johor dan Negeri Sembilan.

“Apa yang penting kita mempertahankan Melaka dan menyekat kemaraan PH walau beza sikit dengan Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan kita nak ambil alih daripada pentadbiran PH, (manakala) di Johor, di Melaka kekal BN cuma kita nak menyekat kemaraan PH,” katanya menerusi satu rakaman video wawancara yang tular di media sosial.

Tuan Ibrahim berkata, isu yang timbul antara BN dan PN dalam menghadapi PRN Melaka sebenarnya cuma melibatkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Menurut beliau, kerusi tersebut sebelum ini dimenangi oleh calon BN, tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu kemudian menyertai PAS.

“Saya difahamkan dia (BN) kata mahu mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi. Ada satu isu di Melaka. Ada satu kerusi yang dia (BN) menang itu, (ADUN) dia menyertai PAS.

“Jadi bagi kita, kita mengharapkan kerusi itu boleh dibincangkan. Memang menang atas tiket UMNO, tetapi oleh kerana ADUN itu bersama kita sekarang ini, jadi kita rasa perkara itu boleh dibincangkan.

“Saya tidak mahu membuat apa-apa keputusan. Cuma kita kata kita sedia berunding mengenai kerusi tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: BerbincangBNDatuk Tuan Ibrahim Tuan Mankerusipilihan raya negeriPNPRN MelakaSedia BerundingTimbalan Presiden PASUMNO
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd