• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri demi mempertahankan negara.

Menurutnya, anggota pasukan keselamatan mengharungi bukit, gunung dan lautan menjaga keselamatan negara, manakala beliau perlu berjuang memperbaiki kebejatan yang berlaku.

“Bukan saja isu Tabung Haji baru-baru ini, dalam semua bidang.. dan saya panglima kecil ini juga harus bertempur dengan cara saya. Bertempur kerana nak ubah sistem ini.

“Maka demikianlah kita harus harungi. Seperti saudara-saudara (anggota tentera) harungi bukit, gunung dan lautan.. saya terpaksa harungi untuk betulkan kebejatan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Terendak di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya membangkitkan mengenai isu perolehan ketenteraan yang menurutnya terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak berpuluh tahun lalu.

“Kalau cara perolehan itu penuh dengan kontroversi, beli, guna tan sri tan sri di luar dengan komisen yang berlebih,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai usaha beliau dan Kerajaan Madani menambah baik kehidupan anggota ATM termasuk dalam aspek gaji dan perumahan.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya proses kenaikan pangkat melibatkan warga ATM dan polis dipermudah serta dipercepat, selari dengan skim perkhidmatan awam yang lain.

Kata Perdana Menteri, butiran mengenai kaedah baharu itu dijangka diumumkan sewaktu sambutan Ambang Merdeka di Stadium Merdeka pada 30 Ogos ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM147,000 kepada Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) serta dana RM1 juta bagi penyelenggaraan masjid dan surau di empat kem tentera di Melaka iaitu Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Kem Masjid Tanah dan Kem Bukit Beruang. – MYNEWSHUB

 

Tags: Anggota TenteraATMDatuk Seri Anwar IbrahimKebejatanKem TerendakMelakaPanglima KecilPerdana MenteriProgram Semarak Kenegaraan Bersama Angkatan Tentera Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

07/08/2026
0

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd