• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Patut Wujudkan Mahkamah Sementara Di Hospital Untuk VIP – Veteran DAP

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Patut Wujudkan Mahkamah Sementara Di Hospital Untuk VIP – Veteran DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Teng Chang Khim mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan mahkamah sementara di hospital-hospital utama.

Kata beliau, mahkamah sementara itu dapat memudahkan golongan kenamaan yang dimasukkan ke hospital ketika perlu hadir ke mahkamah.

“Kerajaan sepatutnya menubuhkan bilik mahkamah di hospital-hospital utama bagi memudahkan golongan VIP yang sering jatuh sakit sebelum hadir ke mahkamah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Media hari ini melaporkan, prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 27 Ogos berikutan beliau mengalami masalah kesihatan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin membenarkan permohonan peguam bela Ismail Sabri, Datuk Amer Hamzah Arshad untuk menangguhkan prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan hari ini.

Amer Hamzah sebelum itu memberitahu mahkamah, Ismail Sabri mengalami masalah kesihatan semalam ketika diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM dan dihantarkan ke di institut Jantung Negara (IJN)

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bera itu akan menjalani satu prosedur berkait masalah degupan jantung tidak sekata (arrhythmia) petang ini.

Pendakwaan terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung perisytiharan harta di mana sebelum ini beliau dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. – MYNEWSHUB

Tags: golongan kenamaanJatuh Sakitmahkamah sementaraSebelum Ke MahkamahTeng Chang KhimVeteran DAPvip
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan veteran DAP, Datuk Teng...

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa 'nama Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd