• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Liu Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

oleh Mynewshub
04/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ronnie Liu Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew menyarankan pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Beliau mendakwa kini adalah masa yang tepat berbuat demikian memandangkan tempoh bertenang perundangan selama lapan tahun yang diperuntukkan oleh Perlembagaan telah tamat.

Ronnie mendakwa, persempadanan baharu penting bagi membetulkan ketidakseimbangan undi yang teruk akibat pelaksanaan Undi18 serta pertambahan jutaan pengundi baharu yang berdaftar.

Beliau turut mendakwa, langkah itu sebagai kritikal untuk memulihkan legitimasi pilihan raya, menegakkan prinsip satu orang satu undi dan menstabilkan politik negara.

Selain itu, dakwanya, penyempadanan semula adalah adil kerana mampu meratakan medan persaingan semua parti serta menghapuskan bias struktur yang lapuk.

Menurut Ronnie, tanpa penyempadanan baharu, PRU16 akan dijalankan menggunakan sempadan lama dengan nilai undi yang tidak sama rata.

“Pilihan raya sepatutnya diasaskan kepada demokrasi yang saksama, bukan geografi pilihan raya yang usang.

“Penyempadanan bukan keuntungan parti tertentu, ia adalah hak asasi setiap pengundi,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew

Tags: Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangorkawasan pilihan rayaPersempadanan SemulaPRU16Ronnie Liu Tian Khiew
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Prof Madya UKM Balas Kenyataan Ronnie Liu Mengenai Asal-Usul Bangsa

Prof Madya UKM Balas Kenyataan Ronnie Liu Mengenai Asal-Usul Bangsa

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Prof Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shahrul Mizan Ismail membalas kenyataan bekas...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd