• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tidak Akan Berputus Asa – Nga Kor Ming

oleh Mynewshub
01/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Tidak Akan Berputus Asa – Nga Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berputus asa meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak memihak kepada gabungan itu.

Beliau berkata, PH menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat rakyat Negeri Sembilan dengan penuh rendah hati.

“Walaupun keputusan PRN Negeri Sembilan kali ini tidak sepertimana yang diharapkan, kami menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Negeri Sembilan dengan sikap yang penuh rendah hati,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kor Ming turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong PH serta petugas pilihan raya yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Dalam pada itu, beliau memuji kepimpinan Anthony Loke yang disifatkan telah menunjukkan tanggungjawab besar sepanjang menghadapi pilihan raya.

“Beliau telah menjalankan amanah dengan dedikasi penuh serta berjuang bersama seluruh jentera DAP Negeri Sembilan sehingga ke saat-saat yang terakhir,” katanya.

Menurut Kor Ming, kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan Repah merupakan pengalaman yang sukar dan pahit buat parti itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan PH akan melakukan muhasabah dan penilaian menyeluruh bagi mencari jalan untuk kembali meraih kemenangan di Negeri Sembilan pada masa hadapan.

“Namun, PH tidak akan berputus asa. Sebaliknya, kami akan bermuhasabah dan melakukan penilaian secara mendalam supaya mencari jalan mencapai kemenangan di Negeri Sembilan pada masa depan,” katanya.

Beliau turut menegaskan DAP akan terus berdiri teguh bersama Anthony Loke dan kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat serta berusaha mendapatkan semula keyakinan dan sokongan melalui prestasi serta rekod perkhidmatan. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokeBerputus AsaNga Kor Mingpakatan harapanPHPRN Negeri SembilanTidak AkanTimbalan Pengerusi Kebangsaan DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terima Kasih Nga Kor Ming, Bila Nak Letak Jawatan? – Akmal Saleh

Terima Kasih Nga Kor Ming, Bila Nak Letak Jawatan? – Akmal Saleh

01/08/2026
0

SEREMBAN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyindir Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming susulan keputusan...

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd