SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak rasmi.
Calon BN ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, manakala calon Pakatan Harapan (PH) ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 36 kerusi DUN dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) terakhir diadakan pada 12 Ogos 2023.
Keputusan ketika itu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memegang 17 daripada 36 kerusi, manakala BN 14 dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak lima kerusi. – MYNEWSHUB
![[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/08/IMG_20260801_195856-750x375.jpg)

