• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

oleh Mynewshub
01/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP kerana didakwa menuduh beliau terlibat dengan rasuah dan melabelkannya sebagai ekstremis.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan oleh tokoh DAP berkenaan ketika berucap dalam bahasa Cina semasa berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Kenapa takut sangat dengan Akmal Saleh? Menfitnah, menghina demi kepentingan kamu. Tidak mengapa, minggu depan peguam saya akan cari kamu untuk LOD dan saman fitnah di mahkamah.

“Meh kita lawan di mahkamah pula lepas ini. Semua saudaraku, hayati apa yang diperkatakan mereka kerana itulah perangai sebenar mereka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menerusi satu rakaman video, Muhamad Akmal berkata beliau tidak dapat menerima tindakan pemimpin berkenaan yang bukan sahaja didakwa menghina namanya, malah menuduh beliau sebagai seorang Melayu yang mengambil rasuah serta melabelkannya sebagai ekstremis.

Beliau turut mempersoalkan mengapa namanya sering dijadikan sasaran dan mendakwa tindakan itu berpunca daripada kebimbangan pihak tertentu terhadap usaha beliau menyatukan orang Melayu.

“Dia kata nama Akmal ni adalah, maknanya adalah hina. Dan yang lagi tak sedaplah, dia tuduh kita ekstremis. Dan yang paling saya tak boleh terima adalah dia tuduh saya adalah Melayu yang ambil rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan peguamnya akan mengeluarkan Surat Tuntutan (LOD) minggu depan sebelum memfailkan saman fitnah, sambil menegaskan semua dakwaan terhadapnya akan dijawab di mahkamah.

Muhamad Akmal turut mendakwa terdapat pihak yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah-belah dan menyifatkan tindakan menghina serta memfitnah lawan politik bercanggah dengan dakwaan mereka yang kononnya mahu berkempen secara berhemah.

Beliau berkata, segala tuduhan itu akan diputuskan melalui proses undang-undang di mahkamah. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: DAPDatuk Dr Muhamad Akmal SalehEksterimisKetua Pemuda UMNOrasuahSaman Fintah
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd