• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tahu Anda Dalam Keadaan Amat Sukar di Negeri Sembilan” – Zaid

oleh Mynewshub
31/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Tahu Anda Dalam Keadaan Amat Sukar di Negeri Sembilan” – Zaid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan pelbagai dakwaan berkaitan FELDA dan Tabung Haji hanya beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, beliau memahami Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan sukar menghadapi PRN Negeri Sembilan, namun mengapa isu melibatkan FELDA dan Tabung Haji dibangkitkan pada saat-saat akhir menjelang pengundian.

Zaid berkata, tindakan itu juga seolah-olah mahu memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO merupakan parti yang korup dan tidak sepatutnya diberi peluang mentadbir negara.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Saya tahu anda berada dalam keadaan yang amat sukar di Negeri Sembilan, tetapi mengapa perlu membangkitkan pelbagai dakwaan mengenai FELDA dan Tabung Haji hanya beberapa hari sebelum hari pengundian?

“Adakah untuk memberitahu rakyat bahawa UMNO adalah parti yang korup dan tidak sepatutnya diberi peluang mentadbir negara?

“Jika mereka begitu korup, mengapa anda bertolak ansur dengan mereka dalam kerajaan anda sepanjang tiga tahun yang lalu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam masa sama, Zaid berkata, kenyataan Anwar yang menggambarkan masalah di FELDA dan Tabung Haji berpunca daripada salah urus serta memberi jaminan individu yang bertanggungjawab akan didakwa dan dipenjarakan boleh menimbulkan tanggapan tidak adil terhadap pegawai serta teknokrat yang berintegriti.

Menurutnya, terdapat ramai teknokrat yang berkhidmat secara profesional dan tidak pernah terlibat dalam sebarang penyelewengan, malah telah berusaha sedaya upaya membantu kerajaan memulihkan kedudukan kewangan institusi berkenaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Datuk Zaid Ibrahim

 

Tags: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)Datuk Mohd Zaid IbrahimDatuk Seri Anwar IbrahimPerdana MenteriPRN Negeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Kesal Saluran Media Sosial Sokong BN Dikenakan Sekatan

Zahid Kesal Saluran Media Sosial Sokong BN Dikenakan Sekatan

31/07/2026
0

TAMPIN - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa kesal beberapa saluran media sosial dikenakan...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd