• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Kesal Saluran Media Sosial Sokong BN Dikenakan Sekatan

oleh Mynewshub
31/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Zahid Kesal Saluran Media Sosial Sokong BN Dikenakan Sekatan
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa kesal beberapa saluran media sosial dikenakan sekatan.

Menurut beliau, sekatan yang berlaku pada penghujung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tersebut tidak sepatutnya terjadi.

Tegas beliau, semua pihak seharusnya diberikan ruang yang adil untuk menyampaikan pandangan kepada rakyat selagi mematuhi undang-undang serta etika pilihan raya.

Ujar beliau, kebebasan bersuara yang pernah diperjuangkan oleh pihak tertentu ketika menjadi pembangkang seharusnya terus dipelihara walaupun kini mempunyai kuasa.

“Terdapat beberapa sekatan yang telah dilakukan di media sosial apabila sesuatu saluran itu telah ‘diblackout’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Sembilan Tahun 2026 (JPKK) di Gemencheh.

Terdahulu, tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub turut dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada pihak berkuasa.

Notis yang dipaparkan memaklumkan tindakan tersebut diambil sebagai respons terhadap permintaan undang-undang dengan menyatakan: “We have taken this decision in response to a legal request”

Laporan pertama yang dikenakan sekatan adalah berkaitan kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mengenai nama Tanah Melayu.

Sementara itu, laporan kedua membabitkan kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berhubung asal usul bangsa.

Laporan ketiga berkenaan seruan Muralitharan Ramachandran kepada masyarakat India sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga laporan berkenaan tidak mengandungi ulasan Mynewshub sendiri, sebaliknya memetik kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial tokoh politik terbabit. – MYNEWSHUB

Tags: BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidikesalPengerusi Barisan NasionalPRN Negeri SembilanSaluran Media Sosialsekatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

PRN Negeri Sembilan Dicemari Isu Pemberian Wang Kepada Pengundi

PRN Negeri Sembilan Dicemari Isu Pemberian Wang Kepada Pengundi

30/07/2026
0

SEREMBAN - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang bakal berlangsung pada 1 Ogos ini dicemari dengan isu pihak tertentu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd