• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim tidak sesuai menjadi Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp)

Menurut beliau, SME Corp merupakan agensi kerajaan yang perlu berkhidmat kepada usahawan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak secara adil.

“Pada pandangan saya, dia tidak sesuai dan patut dipecat sebab ‘bodow’ dan sering cetuskan kontroversi. Malaysia ialah nama negara kita. Tanah Melayu ialah sebahagian daripada akar sejarah dan legasi negara ini.

“Menghormati yang satu tidak memerlukan kita menghina yang satu lagi. Itu asas kenegaraan. Bukan susah pun – kecuali kalau niat dia memang mahu cari gaduh,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Eric Lim berkata, hantaran veteran Chang Khim yang telah dipadam semalam bukan sekadar tidak sensitif, malah angkuh, provokatif dan langsung tidak membantu hubungan antara kaum.

Menurut beliau, Perkara 1(1) Perlembagaan menetapkan bahawa Persekutuan dikenali sebagai Malaysia dan dari sudut nama rasmi negara, itu memang benar.

“Tetapi betul dari segi teknikal tidak bermakna seseorang boleh dengan angkuh mengisytiharkan bahawa nama, semangat dan warisan “Tanah Melayu” sudah “berakhir”.

“Perlembagaan sendiri masih mengandungi rujukan sejarah dan undang-undang kepada Persekutuan Tanah Melayu, termasuk dalam peruntukan serta tafsiran berkaitan kemerdekaan, kewarganegaraan dan pembentukan Malaysia.

“Malaysia tidak muncul daripada ruang kosong pada 1963. Ia dibina daripada sejarah Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak.

“Menghormati warisan Tanah Melayu juga tidak bermaksud menafikan hak Sabah, Sarawak atau rakyat bukan Melayu. Kedua-duanya boleh dihormati serentak,” katanya.

Tambah beliau, perkataan “period” dan “titik” dalam hantaran Chang Khim itu pula menunjukkan nada sebenar hantaran dan hantaran itu dipadam selepas enam jam bermakna beliau tahu ianya salah.

“Tetapi memadam hantaran tidak memadam hakikat bahawa ia pernah diterbitkan, dibaca, ditangkap layar dan diperkatakan. Internet bukan papan putih sekolah – padam pun kesannya masih tinggal.

“Ramai rakyat Cina langsung tidak bersetuju dengan sikap sebegini. Akhirnya seluruh masyarakat Cina (termasuk saya) pula menerima tempias akibat keceluparan seorang ahli politik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Eric See-To – Lim Sian See

 

Tags: Datuk Teng Chang KhimEric Lim Sian SeepengerusiSME CorpTanah melayuVeteran DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik semula sebagai pengerusi badan berkanun iaitu Datuk Mahfuz Omar dan...

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa 'nama Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd