KUALA LUMPUR – Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau.
Tinjauan Mynewshub mendapati hantaran tersebut yang di muat naik hari ini dipercayai telah dipadam.
Chang Khim dalam hantaran tersebut menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan dikenali sebagai Malaysia.
“Perkara 1(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali sebagai Malaysia.
“Nama Tanah Melayu berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Titik,” katanya dalam hantaran itu.
Beliau turut memuat naik tangkap layar sebahagian Perlembagaan Persekutuan dalam hantaran tersebut. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim


