• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Tanggung Kos Pembantu Rumah Untuk Galak Lebih Ramai Anak

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu menjadi negeri pertama, malah tindakan pertama di dunia yang membantu pasangan ibu bapa muda membayar kos pembantu rumah.

Perkara tersebut bagi menggalakkan pasangan muda yang baharu berkahwin untuk memulakan kehidupan dan mendapat lebih ramai cahaya mata.

Salah satu insentif tersebut dengan mengenakan yuran tadika lebih rendah, manakala pasangan berpendapatan kurang RM3,000 akan ditawarkan pinjaman sehingga RM20,000 jika mahu memulakan perniagaan.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Mohd Shafaruddin Mustafa memberitahu The Star: “Dengan semua bantuan ini, pasangan tidak perlu melambatkan perkahwinan mereka. Kami mahu mereka mempunyai lebih ramai anak. Kadar kesuburan di negeri ini telah jatuh. ”

Beliau berkata negeri itu akan membayar RM200 daripada RM900 gaji bulanan pembantu rumah.

Sharafudin berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kadar pendapatan atau kriteria yang ketat untuk program bantuan pembantu rumah.

“Sesiapa pun boleh memohon,” katanya, sambil menambah bahawa skim tersebut adalah terbuka kepada semua kaum.

Walaupun negara-negara lain terlebih dahulu memberi insentif menyokong ibu bapa muda seperti memberi pengecualian cukai, cuti bersalin atau penjagaan kanak-kanak percuma, namun langkah kerajaan untuk membayar kos pembantu rumah adalah perkara luar biasa.

Terengganu juga akan memberi RM100 kepada setiap bayi yang baru lahir dalam bentuk skim simpanan pendidikan, selain khidmat nasihat dan sokongan perkhidmatan percuma kepada keluarga yang memerlukan, kata Shafaruddin.

Seperti apa yang dilakukan di Singapura, ia dikenali sebagai Skim Bonus Bayi. Di sana, ibu bapa kanak-kanak yang dilahirkan selepas tahun 2012 mendapat wang tunai RM20,000 bagi anak pertama dan kedua, manakala RM22,400 bagi setiap anak ketiga dan keempat.

Sharafuddin berkata, yuran bulanan tadika yang dikendalikan negeri berjumlah kira-kira RM250 tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM180 selepas diskaun.

Sementara itu, Naserwan Najmi, 27, dari Kuala Terengganu berkata dia mencari seorang pembantu rumah dalam tempoh yang agak lama untuk menjaga bayi mereka.

“Kami benar-benar memerlukan seorang pembantu rumah jika mahu lebih ramai anak,” kata pemilik restoran.

Ketua Wanita Umno Marang To’Puan Zaitun Mat Amin berkata kadar perbelanjaan rakyat Terengganu lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur terutama dalam bentuk sewa rumah, makanan dan keperluan lain. – mStar Online

 

Tags: pembantu rumahTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd