• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

oleh Mynewshub
28/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang berjanji akan menghapuskan hutang peneroka.

Bekas Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebahagian hutang FELDA hampir RM10 bilion ketika ini merupakan hutang peneroka yang PH pernah berjanji akan mansuhkan.

“Saya agak terkejutlah baru-baru ini bila ada yang menyebut kasihan kerajaan sekarang kena tanggung RM1 bilion setahun untuk bayar hutang FELDA. Kita kena faham ini ada hutang peneroka, ada hutang FELDA.

“Sebenarnya, ini puncanya kerana ia adalah salah satu daripada janji dalam manifesto PH pada tahun 2018. Dulu mereka janji, 10 janji dalam 100 hari nak selesaikan termasuk hapuskan GST, tol, PTPTN. Antaranya menghapuskan hutang peneroka,” katanya menerusi satu rakaman video tular.

Terdahulu, Ahmad Shabery menjelaskan, FELDA memang dibenarkan berhutang sehingga RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan berdasarkan peruntukan ketika itu.

Menurut beliau, antara hutang FELDA ketika itu pinjaman kepada peneroka untuk membantu kehidupan mereka termasuk memperbaiki rumah, pendidikan dan pembelian komputer.

Jelas beliau, pinjaman terbesar kepada peneroka adalah kos tanam semula yang mencecah sehingga RM100,000 untuk memastikan kelangsungan kehidupan mereka.

Kata beliau, kerajaan ketika itu malah memberi pinjaman kos sara hidup buat mereka sehingga hasil tanaman semula diperoleh.

“Tapi ada orang (PH) datang janji, undi kami hutang ini semua kita selesai. Mestilah mereka (PH) menang sebab janji tak payah bayar hutang,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, implikasi daripada janji tersebut adalah FELDA yang terpaksa menanggung hutang berkenaan dengan pihak bank.

“Siapa suruh berjanji? Tiba-tiba mengeluh pula ‘aku kena bayar’. Hutang RM1 bilion setahun kerana janji yang kamu buat, jadi kerajaan hari ini yang kena tanggung perkara ini.

“Jadi janganlah komplain kerana janji kamu. Kalau kira janji yang dibuat pada waktu itu besar termasuk PTPTN, tol. Termasuk suri rumah pun akan dapat caruman KWSP dia janji waktu itu,” katanya. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: 10 janji100 hariBekas Pengerusi FELDADatuk Seri Ahmad Shabery CheekHapus Hutang PenerokaHutang FELDAjanji PHkena bayarmanifestomerungutpakatan harapan
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd