• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

oleh Mynewshub
27/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Memetik laporan media, Anwar berkata, kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai kanan ATM kadangkala mengambil masa lebih lama berbanding penjawat awam lain.

Perdana Menteri berkata, perkara itu malah telah dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau dalam masa terdekat.

“Dalam kalangan pegawai tinggi, kadang-kadang kenaikan (pangkat) dia lambat bila dibandingkan atau ketimbang penjawat awam lain.

“Jadi saya kata kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), boleh tak kita review (semak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di hadapan para pegawai dan anggota tentera di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Dalam hantaran di media sosial pula, Anwar melahirkan rasa syukur kerana beliau dan isteri berkesempatan bersama keluarga besar ATM di Kem Syed Sirajuddin.

“Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia.

“Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan.

“Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Anggota TenteraDatuk Seri Anwar IbrahimGemasKem Syed SirajuddinKenaikan Pangkatpegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Perdana MenteriProgram Semarak Kenegaraan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan langkah mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd