• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

oleh Mynewshub
27/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong oleh hubungan erat dan diplomasi diraja Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain.

Menurut titah akaun rasmi officialsultanibrahim, semenjak tahun 2017, YDPA dan Raja Hamad telah menjalin persahabatan peribadi yang baik.

Kata titah itu, ia terus berkembang kepada pengukuhan hubungan diplomasi antara Bahrain dan Malaysia, dengan Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada tahun 2025.

“Susulan cabaran terhadap kalendar perlumbaan F1 akibat konflik bersenjata di Asia Barat, penganjuran F1 Grand Prix Bahrain berdepan ketidaktentuan dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan perlumbaan berprestij itu dapat diteruskan.

“Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Raja Bahrain telah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon kepada Yang di-Pertuan Agong,” jelas kandungan titah itu yang disiarkan hari ini.

Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Petronas Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Formula 1 dan FIA turut mengesahkan secara rasmi bahawa Sepang akan dimasukkan dalam kalendar perlumbaan musim 2026 sebagai lokasi penganjuran Grand Prix Bahrain.

Tambah titah itu, perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra serta semangat persahabatan itu menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA).

Jelasnya, hasil persefahaman itu, persetujuan berjaya dicapai untuk menganjurkan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, sekali gus mengembalikan perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017.

Perkembangan itu membuktikan bahawa peranan Sultan Ibrahim tidak terhad kepada hubungan istiadat semata-mata, sebaliknya diplomasi diraja Baginda berjaya menghasilkan manfaat nyata kepada negara.

Hubungan peribadi dan kepercayaan tinggi antara Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad dipercayai telah membuka ruang rundingan, sebelum tindakan susulan serta urusan teknikal dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negara bersama Formula 1 dan FIA.

Pujian dan penghargaan sewajarnya perlu diberikan kepada YDPA kerana usaha dan hubungan erat Baginda dengan Raja Bahrain menjadi antara pemangkin penting kepada keputusan Bahrain memilih Malaysia sebagai rakan serta lokasi penganjuran perlumbaan Formula 1 berkenaan. –MYNEWSHUB

Tags: AgongF1Grand Prix Formula Satu (F1)Hari Keputeraan AgongYDPA
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd