SEREMBAN – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan (PH)
Justeru, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu melahirkan rasa syukur kerana mendakwa menyaksikan kebangkitan gelombang merah di bumi bertuah Negeri Sembilan.
“Terima kasih Negeri Sembilan. Aura perjuangan Harapan di Negeri Sembilan kini semakin membara.
“Bersyukur kita menyaksikan kebangkitan gelombang merah di bumi Negeri Sembilan yang bertuah ini.
“Lebih 10,000 orang hadir di ceramah Harapan di Lukut, Repah, Lobak, Temiang dan Chennah,” dakwanya menerusi satu hantaran di media sosial. – MYNEWSHUB


