• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tahan 3 Individu Miliki Senjata Buatan Sendiri

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis Kelantan berjaya menahan tiga individu serta merampas dua jenis senjata buatan sendiri dalam dua tangkapan berasingan di sini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun ditahan pada pukul 4 pagi di Jalan Sultan Ibrahim di sini kerana memiliki senjata jenis ‘pump’ angin, Jumaat lepas.

Beliau berkata sebelum tangkapan itu, polis menerima maklumat berhubung kejadian tiga suspek menaiki motosikal telah mengacukan senjata buatan sendiri terhadap seorang mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Polis kemudian berjaya menahan dua lelaki terbabit dan hasil pemeriksaan menemui senjata berkenaan dalam beg yang dibawa oleh salah seorang suspek,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut.

Mazlan berkata polis juga sedang giat memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai ‘Heri’ berusia 20-an.

Sementara itu, beliau berkata polis turut berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun pada pukul 4.45 pagi semalam (Sabtu) di Kampung Chepa, Kedai Lalat di sini kerana memiliki sepucuk pistol buatan sendiri yang disembunyikan di badannya.

Beliau berkata suspek yang turut memiliki tiga biji pil kuda kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

 

Tags: polissenjata api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd