• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

oleh Mynewshub
26/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, rekod tersebut yang menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara selama ini.

Sehubungan itu, katanya, BN menolak sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Kata beliau, pada masa yang sama BN menolak politik ketakutan yang terus dimainkan pihak tertentu dengan menggambarkan kononnya sesuatu kaum akan terancam sekiranya kerjasama politik parti tertentu memerintah.

“Politik ketakutan adalah berbahaya kerana ia mengundang curiga, prasangka dan kebencian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Zambry berkata, BN menegaskan bahawa persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak sekali-kali bermaksud BN akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak.

Menurutnya, BN kekal berdiri atas prinsip sendiri dan akan terus menawarkan politik kesederhanaan, kestabilan dan perpaduan serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan formula kenegaraan.

“Meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah semua warganegara. Inilah asas yang telah menyatukan negara sejak merdeka dan mesti terus dipertahankan.

“BN menolak golongan yang membina tembok perkauman dan meniupkan politik ketakutan. BN akan terus mengekalkan kepimpinan yang membina jambatan perpaduan, mengukuhkan keyakinan rakyat dan menawarkan masa depan yang dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Seri Dr Zambry Abd KadirKeharmonianKekal PrinsipKerjasama PolitikPRN Negeri Sembilansetiausaha agung BNTolak Politik Perkauman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd