• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan oleh pihak yang beliau labelkan sebagai parasit politik tidak akan berjaya.

Dakwa beliau, kalau betul ‘penyatuan ummah’ boleh menyelesaikan semua masalah rakyat dan memajukan ekonomi, rakyat di Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis sepatutnya sudah hidup jauh lebih selesa.

Beliau mendakwa, penduduk negeri terbabit sepatut mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding penduduk di Tokyo, Dubai, dan Doha kalau betul ‘penyatuan ummah’ boleh menyelesaikan semua masalah.

Justeru, beliau meminta Barisan Nasional (BN) yang menjalin persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyedari hakikat BN akan cuba ditelan oleh Perikatan Nasional (PN) yang ingin mendominasi BN.

“Sebaliknya PH telah membuktikan gabungan Perpaduan berasaskan kepercayaan merupakan koalisi berpandukan nilai, akhlak, serta tekad mengangkat martabat rakyat supaya ekonomi Malaysia berjaya.

“Prestasi dan komitmen PH bukan janji. Ini adalah bukti yang telah dinikmati oleh rakyat Selangor, Pulau Pinang, di Negeri Sembilan dan
kini di peringkat Persekutuan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor mendakwa hasrat PAS bergabung dengan UMNO untuk perpaduan ummah akan menemui kegagalan seperti tahun 1972 ,2008 dan 2018.

Dakwa beliau, ketiga-tiga percubaan itu gagal dan akan gagal sekali lagi kerana tabiat beberapa parasit politik yang tiada prinsip, miskin maruah dan tamak kuasa apabila nafsu politik tidak tercapai.

“Jika pihak lain yang ketandusan idea ingin menghantui rakyat dengan retorik politik ‘penyatuan ummah’, tekad PH berlandaskan Kesatuan Rakyat,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Seri Amirudin SharigagalMenteri Besar Selangorpakatan harapanPengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH)Perpaduanperpaduan ummahPHpolitikPRN Negeri SembilanTidak Akan Berjaya
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd