• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mencadangkan satu peperiksaan seragam diadakan untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam seperti diamalkan oleh banyak negara maju.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, tiga bentuk peperiksaan STPM, Asasi dan Matrikulasi yang berlainan sukar untuk menetapkan satu asas yang konsisten.

Kata beliau, ia juga sukar untuk menetapkan asas yang sama rata dalam mengukur standard kecemerlangan secara adil kepada semua calon peperiksaan.

“Sudah sampai masanya untuk ada satu sistem peperiksaan kemasukan Universiti Awam yang sama untuk semua dan bukan seperti sekarang ‘satu negara, tiga sistem’,” katanya di media sosial hari ini.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau telah menyampaikan syor tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Untuk rekod, dasar semasa program Matrikulasi menetapkan kuota 90 peratus Bumiputera dalam kemasukan ke program tersebut.

Manakala kursus asasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperuntukkan 100 peratus kuota untuk pelajar Bumiputera. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: adilAsasiDatuk Seri Anwar IbrahimKemasukanLim Guan EngMartrikulasiPenasihat DAPPerdana MenteriSama RataSatu Sistem PeperiksaanSTPMSyorUniversiti Awam
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd