• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

oleh Mynewshub
24/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan berada dalam keadaan yang sangat baik dengan kedua-dua pihak mengadakan ceramah bersama sebagai tanda kesepakatan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, justeru dakwaan kerjasama itu hanyalah ‘wayang politik’ tidak benar kerana kedua-dua pihak sanggup berkorban wang dan tenaga bagi menjayakan program yang diadakan.

“Kerjasama BN dan PN sangat baik. Ada ceramah bersama. Insya-Allah saya akan pergi minggu depan.

“Bukan wayang politik. Orang PAS pergi (kempen) belanja (guna duit) sendiri, guna tenaga sendiri. Orang UMNO pun habis duit (berkempen). Untuk apa itu semua?” katanya ketika menjawab soalan pemberita hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbezaan yang pernah berlaku antara PAS dan UMNO hanyalah melibatkan pendekatan, bukannya dasar perjuangan Melayu dan Islam.

“Itu biasa berlaku, khilaf. Perbezaan hanya pada perkara cabang, bukan perkara dasar. Tiada khilaf antara PAS dan UMNO. Kita berbalah dari segi pendekatan sahaja. Dasar tetap tidak berbalah sampai hari ini,” katanya.

Beliau turut melahirkan harapan dan keyakinan hubungan antara kedua-dua parti itu dapat bertahan dalam jangka masa panjang demi menyelamatkan negara.

“Kita harap panjang kali ini, Insya-Allah, untuk menyelamatkan negara. Melayu dan Islam tidak berpisah. Perbezaan pendekatan boleh diselesaikan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Bertahan LamaBNDasar Yang SamakerjasamaKhilafMelayu IslamPNPresiden PASPRN Negeri SembilanSangat BaikSelamatkan Negara'Tan Sri Abdul Hadi Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd