• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera

oleh Mynewshub
24/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

GEMAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani ke lokasi strategik termasuk kem tentera, balai polis serta institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan dalam menangani kos sara hidup.

Menerusi hantaran di media sosial pula, beliau memaklumkan berkesempatan meninjau Program Jualan Rahmah Madani di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan melihat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kem serta penduduk setempat.

“Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Pengunjung turut menikmati Happy Hour dengan tawaran harga istimewa bagi barangan terpilih, sekali gus membantu mengurangkan perbelanjaan harian,” katanya semalam.

Fuziah yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung untuk mendengar sendiri pandangan serta maklum balas mereka.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Paroi turut mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan naikkan SARA untuk rakyat semua. Yang kita gabung dengan Negeri Sembilan, kita mahu Datuk Seri Aminuddin Harun di Negeri Sembilan kekal sebagai Menteri Besar.

“Untuk kerja, hentikan amalan sakau, hentikan buat harta negeri seperti harta peribadi. hentikan itu. Kita beri contoh orang Melayu baik, boleh berkhidmat dan menjaga rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Dr. Fuziah SallehDatuk Seri Anwar IbrahimGemasJualan Rahmah MadaniKem Syed SirajuddinKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)Perdana MenteriPRN Negeri SembilanSARASumbangan Asas Rahmah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd