• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

oleh Mynewshub
24/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Rakyat Negeri Sembilan diingatkan mereka tidak terkecuali daripada penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 yang telah dikurangkan daripada 300 kepada hanya 200 liter sebulan bermula 1 April lalu.

Penyelarasan itu bermakna tiada layanan berbeza diberikan kepada Negeri Sembilan walaupun negeri itu ditadbir oleh kerajaan negeri yang dikatakan selari dengan kerajaan Persekutuan.

Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN), Neow Choo Seong berkata, keadaan ekonomi rakyat di Negeri Sembilan malah semakin dihimpit dengan dasar subsidi RON95 yang dicatu.

“Kuota dikurangkan daripada 300 liter kepada hanya 200 liter. Ini memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk Negeri Sembilan yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Kuala Lumpur dan luar kawasan berikutan kurangnya peluang pekerjaan di negeri sendiri.

“Kuota yang dicatu ini sama sekali tidak mencukupi dan amat membebankan perbelanjaan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Choo Seong berkata, Pakatan Harapan (PH) telah diberikan peluang untuk mentadbir, tetapi gagal memanfaatkannya sepenuhnya, malah terlalu banyak janji manis tidak ditunaikan.

Beliau turut mengingatkan satu undi untuk PH bermakna satu undi untuk menyokong pelaksanaan sistem e-invois, peluasan skop SST dan banyak lagi dasar yang akan lebih merumitkan serta menekan kos sara hidup rakyat dan peniaga kecil.

“Kami di BN membawa penyelesaian, bukan retorik. Mari kita bangunkan semula Negeri Sembilan, pulihkan infrastruktur, dan kembalikan kestabilan yang dirampas.

“Esok, 24 Julai 2026, BN akan mengumumkan Manifesto BN Negeri Sembilan dan percayalah ia adalah tawaran terbaik untuk Negeri Sembilan. Ini adalah masa terbaik untuk warga Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 200 literCatudasarkerajaan negerikuotaMenekanMenghimpitNeow Choo SeongPengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN)PersekutuanPRN Negeri SembilanRakyat Negeri SembilanRON95Subisidi
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd