• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

oleh Mynewshub
23/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh Deo kerana didakwa cuba menyalahkan kerajaan Johor dalam isu Network School.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau melahirkan rasa kesal kerana menteri daripada DAP tersebut seolah-olah cuba lepas tangan dalam isu tersebut.

Semalam media melaporkan Gobind menyatakan bahawa pelesenan perniagaan dan operasi premis tersebut berada di bawah bidang kuasa kerajaan Johor.

Berikut ulasan penuh Eric Lim di media sosial berhubung isu berkenaan hari ini:

Menteri DAP Gobind Singh sekarang cuba lepas tangan dan menyalahkan kerajaan BN Johor dalam isu Network School.

Malangnya untuk dia, internet tak lupa walaupun hantaran sendiri sudah dipadam. Bloomberg pula telah melaporkan penglibatan Gobind dengan Network School sejak Mei 2026 lagi.

Menurut Bloomberg, pengasas Network School Balaji Srinivasan dikatakan mahu mendekati dan membina hubungan lebih rapat dengan pemimpin kerajaan Malaysia bagi mendapatkan sokongan terhadap projek Network School miliknya di Forest City.

Usaha itulah yang membawa kepada lawatan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, ke Network School pada 17 April 2026.

Dalam pertemuan tersebut, Balaji membentangkan cadangan kerjasama lebih rapat dengan kerajaan, termasuk idea visa fast-track untuk penghuni Network School serta prototaip baharu sistem permohonan visa Malaysia.

Gobind turut mendengar pembentangan mengenai AI, teknologi baharu, kewangan digital dan kripto.

Selepas lawatan itu, Gobind pada mulanya memuji projek tersebut di media sosial sebagai sesuatu yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi bakat teknologi global.

Namun hantaran itu kemudian dipadam selepas timbul kritikan terhadap idea Balaji mengenai “network state” dan persoalan mengapa seorang menteri kerajaan dilihat begitu terbuka menyokong projek tersebut.

Ringkasnya, Balaji mahu merapatkan diri dengan kerajaan dan mendapatkan sokongan dasar.

Usaha itulah yang akhirnya membawa Gobind ke Network School dan membuka ruang kepada perbincangan mengenai kerjasama kerajaan, visa dan ekosistem teknologi. – MYNEWSHUB

 

Tags: Cuba lepas tanganEric Lim Sian SeeGobind Singh Deokerajaan JohorMenteri DigitalNetwork School
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd