• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

oleh Mynewshub
22/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau, atau lebih dikenali sebagai “Superman Hew”, ke pentas ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, tindakan itu dilihat bercanggah dengan seruan PH supaya kempen pilihan raya tidak menyentuh sentimen kaum dan agama.

“Sekiranya PH benar-benar ikhlas mahu PRN Negeri Sembilan berlangsung tanpa memainkan sentimen kaum dan agama, mengapa memilih seorang penceramah yang mempunyai rekod panjang kontroversi berkaitan isu kaum, sejarah dan hubungan dengan China?” katanya dalam kenyataan media.

Menurut beliau, Hew sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan berkaitan Laut China Selatan sehingga terpaksa memohon maaf, selain berdepan kecaman berhubung beberapa ucapan politik yang dianggap tidak sensitif terhadap masyarakat Melayu.

Pemuda BN Negeri Sembilan turut membangkitkan kontroversi buku komik Belt and Road Initiative for Win-Winism yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri pada 2019.

Mohamad Fadil berkata, Hew dijadualkan hadir dalam satu program ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang pada Rabu, 22 Julai, bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Katanya, walaupun Hew mendakwa sudah meninggalkan DAP, PH masih perlu menjelaskan sama ada beliau kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada jentera kempen gabungan itu.

“Jika PH benar-benar mahu membawa politik sederhana, matang dan menghormati sensitiviti semua kaum, bukankah mereka mempunyai ramai lagi pemimpin dan penceramah yang boleh diketengahkan?

“Mengapa perlu membawa kembali seorang yang begitu sinonim dengan kontroversi perkauman dan kenyataan provokatif?” soalnya.

Beliau turut menuntut penjelasan sama ada DAP dan PH bersedia bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dibuat Hew sepanjang berada di pentas kempen mereka.

Pemuda BN Negeri Sembilan menegaskan, PH tidak seharusnya menyeru pihak lain mengelakkan isu kaum dan agama, tetapi dalam masa sama memberikan pentas kepada individu yang didakwa mempunyai rekod kenyataan bertentangan dengan semangat tersebut.

“Jika PH benar-benar mahu kempen bebas daripada permainan sentimen kaum dan agama, mulakan dengan memilih penceramah yang lebih sesuai dengan prinsip yang mereka sendiri laungkan,” katanya.-MYNEWSHUB

Tags: ADUN DAPPRN Neger Sembilan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd