• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

oleh Mynewshub
22/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai “Superman Hew” ke pentas ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, tindakan membawa Kuan Yau sebagai penceramah kempen menimbulkan persoalan besar kerana individu itu mempunyai rekod panjang kontroversi berkaitan isu kaum, sejarah dan hubungan dengan China.

Menurut beliau, Kuan Yau yang sebelum ini mendakwa telah meninggalkan DAP malah pernah menerima kecaman susulan kenyataannya berhubung Laut China Selatan sehingga memohon maaf.

Katanya, Kuan Yau juga pernah mencetuskan kemarahan ramai melalui ucapan yang menggunakan ungkapan “screw the Malays” dalam konteks kempen pilihan raya, yang sehingga kini masih dianggap sebagai kenyataan tidak sensitif terhadap masyarakat Melayu.

Beliau berkata, Kuan Yau turut dikaitkan dengan kontroversi buku komik Belt and Road Initiative for Win-Winism yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri pada 2019 kerana kandungannya didakwa tidak sesuai dengan masyarakat majmuk serta mempromosikan komunisme.

Mohamad Fadil berkata, Kuan Yau malah dijadualkan sekali lagi berceramah untuk DAP dan PH pada Rabu malam di DUN Temiang bersama Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook.

“Kuan Yau sendiri mendakwa dia sudah meninggalkan DAP. Jika PH benar-benar mahu membawa politik sederhana, matang dan menghormati sensitiviti semua kaum, bukankah mereka mempunyai ramai lagi pemimpin dan penceramah yang boleh diketengahkan?

“Mengapa perlu membawa kembali seorang yang begitu sinonim dengan kontroversi perkauman dan kenyataan provokatif?” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau berkata, PH tidak boleh pada satu masa meminta semua pihak mengelakkan isu kaum dan agama, tetapi pada masa sama membawa ke pentas kempen mereka individu yang rekod kontroversinya sendiri bertentangan dengan semangat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa DAP dan PH menjelaskan sama ada Hew kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada jentera kempen PH serta sama ada gabungan itu bersedia bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dibuat beliau sepanjang kempen. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Fadil

Tags: Anthony Loke Siew FookBarisan NasionalbawaDAPHew Kuan Yuisu kaumkempenkontroversiNegeri Sembilanpakatan harapanPemuda BNPHPRN Negeri Sembilanscrew the Malayssuperman hew
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Beberapa watak besar Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini begitu lantang sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd