• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

oleh Mynewshub
20/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup “mencium tapak kaki” lawan demi mendapatkan kuasa.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal mempersoalkan logik digunakan AMK Selangor apabila usaha menyatukan parti-parti politik Melayu dianggap sebagai tindakan merendahkan maruah kepada pihak lawan.

“Bila kita nak satukan parti politik Melayu, dia kata kita cium tapak kaki pula.

“Kalau ikut logik AMK ini, kerjasama dia dengan DAP maknanya dia pun cium tapak kaki DAP lah ya,” katanya secara sinis.

Akmal turut mendakwa AMK Selangor kelihatan tidak senang dengan usaha penyatuan parti-parti Melayu.

“Patutlah begitu jadinya. Kesian menggelupur sangat bila kita bersatu ya,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respons terhadap Setiausaha AMK Selangor, Ghafurullah Ismail yang sebelum ini mendakwa UMNO sanggup mengetepikan rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan bekerjasama dengan lawan politik semata-mata untuk kembali berkuasa.

Ghafurullah turut menyifatkan pendekatan berkenaan sebagai bukti UMNO kekurangan idea serta terpaksa bergantung kepada kekuatan parti lain untuk terus bertahan dalam landskap politik semasa.

Bagaimanapun, Akmal melihat tuduhan tersebut sebagai bercanggah dengan pendirian AMK sendiri kerana PKR turut menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Pertikaman lidah itu tercetus ketika perbincangan mengenai kemungkinan penyatuan dan kerjasama lebih luas antara parti-parti Melayu kembali menjadi perhatian menjelang pilihan raya akan datang.-MYNEWSHUB

Tags: Akmal SalehAMKDatuk Dr Muhamad Akmal SalehParti Keadilan Rakyat (PKR)
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak mempunyai masalah dengan gesaan Pemuda Pakatan Harapan (PH) supaya pemimpin Barisan Nasional (BN) meletak...

“Alhamdulilah Doa Rakyat Melaka Dimakbulkan”   – Akmal Saleh

“Alhamdulilah Doa Rakyat Melaka Dimakbulkan” – Akmal Saleh

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyifatkan laporan mengenai DAP akan keluar kerajaan Melaka sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd