• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

oleh Mynewshub
19/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KINTA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar sesuatu penyatuan sambil menegaskan bersatu hanya bermakna jika ia membawa manfaat kepada rakyat, bukannya demi kepentingan pihak tertentu.

Berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2026, Anwar berkata, seruan supaya semua pihak bersatu perlu disertai dengan matlamat yang jelas dan berteraskan nilai serta integriti.

“Jadi kalau mahu mula dengan penyatuan ini, untuk apa? Bersatu macam filem P. Ramlee Ali Baba Bujang Lapok, 40 penyamun pun bersatu juga. Ada orang tidak suka dengar. Setengah orang kata mesti bersatu. Bersatu untuk apa?

“Bersatu untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat, bukan bersatu untuk merompak serta mencuri balak dan harta negara,” katanya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia sebagai negara Madani menekankan tentang aspek nilai bagi menjadi sebuah negara yang hebat dan berjaya di samping mengangkat darjat rakyat dalam semua bidang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan negara ini merdeka dengan kekuatan dan penyertaan semua kaum termasuk Cina dan India.

Justeru, kata beliau, Malaysia tidak boleh mengizinkan mana-mana pihak memperkotak-katik dan memecahbelahkan rakyat kerana negara ini mencapai kemerdekaan hasil kekuatan dan perpaduan semua rakyat Malaysia.

“Semangat kebangsaan Melayu dan kekuatan Melayu sebagai induk itu memang perlu diterima, dengan bumiputera sebagai induk. Tetapi, apakah mungkin kemerdekaan dicapai jika tidak bersama kaum Cina, India dan kaum-kaum lain? Tidak.

“Sebab itu anak-anak harus tahu bagaimana memberi makna kepada kemerdekaan dan menjayakan negara ini. Kekuatan Melayu harus ada, kekuatan Melayu bersama Cina, India, Dayak, Kadazan dan kaum-kaum lain juga harus ada.

“Jangan izinkan orang memperkotak-katik dan memecahbelahkan kita kerana negara ini merdeka dengan kekuatan bersama semua rakyat Malaysia. Apakah kita boleh menafikan penyertaan semua? Tidak boleh kita nafikan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: BERSATUDatuk Seri Anwar Ibrahimfilem P. RamleeKintaMajlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2026penyamunPenyatuanPerdana Menteri
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

“Kepada Allah SWT Kita Berserah” – PMX Anwar

“Kepada Allah SWT Kita Berserah” – PMX Anwar

20/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis ayat 'Kepada Allah SWT kita berserah' dalam hantaran beliau memohon...

Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX

Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX

19/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak keberatan melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya diarahkan berbuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd