• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Demi Jawatan, Demi Maruah Negeri, Institusi Raja dan Adat Perpatih

oleh Mynewshub
19/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bukan Demi Jawatan, Demi Maruah Negeri, Institusi Raja dan Adat Perpatih
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjelaskan segala keputusan politik yang beliau ambil sebelum ini bukan didorong oleh keinginan mengejar jawatan, dendam mahupun kepentingan peribadi.

Menurut beliau, tindakan itu sebaliknya diambil berasaskan prinsip serta tanggungjawab mempertahankan negeri yang dicintainya.

Jelas beliau, sebagai anak Negeri Sembilan, maruah negeri, institusi Raja Berperlembagaan, adat Perpatih, kepentingan masyarakat serta Perlembagaan parti sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang dibuat.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya. Saya memilih untuk tidak membalas setiap tuduhan dengan emosi. Bukan kerana tiada jawapan, tetapi kerana ada perkara yang wajar dipelihara demi menghormati institusi, adat dan maruah Negeri Sembilan.

“Saya tidak pernah mengkhianati Negeri Sembilan. Saya tidak pernah menderhaka kepada institusi Raja. Saya juga tidak pernah membelakangkan adat yang menjadi tunjang dan identiti negeri ini.

“Dalam politik, kesetiaan kepada negeri, institusi dan prinsip mesti sentiasa mengatasi kesetiaan kepada mana-mana individu. Perbezaan pendirian tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melabel seseorang sebagai penderhaka atau pengkhianat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Jalaluddin turut menjelaskan, tiada sebarang usaha untuk merampas kuasa melalui jalan belakang seperti yang sedang didakwa oleh musuh politik, sebaliknya Barisan Nasional (BN) berdiri secara terbuka di hadapan rakyat dan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Pilihan raya ini bukan tentang saya seorang dan bukan tentang siapa paling lantang menuduh. Pilihan raya ini adalah tentang masa depan Negeri Sembilan, peluang pekerjaan, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta kebajikan rakyat.

“Saya tidak mendakwa diri saya sempurna. Namun, saya berjanji bahawa setiap langkah saya akan sentiasa dipandu oleh kepentingan Negeri Sembilan, maruah rakyat dan amanah yang diberikan.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon doa, sokongan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan. Marilah kita melangkah bersama membina sebuah negeri yang lebih stabil, bermaruah dan sejahtera,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Adat PerpatihBarisan NasionalCalon BNDatuk Seri Jalaluddin AliasDUN PertangPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SembilanPertahan Maruah NegeriPRN Negeri Sembilan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd