JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Baginda bertitah, kerajaan Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun akan turut menjalankan siasatan terperinci berhubung isu melibatkan Network School di Forest City.
“Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa KDN,” titah baginda menerusi satu hantaran di media sosial.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan dalam isu tersebut, maka tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor. – MYNEWSHUB


