• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pendokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membawa naratif yang lebih menyentuh emosi sekali gus mencetuskan persoalan sama ada gabungan itu sedang cuba meraih simpati pengundi.

Sebelum ini, satu kenyataan yang menggambarkan jasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dikenang sekiranya beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan ditularkan di media sosial.

Terbaharu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu pula memuat naik satu kenyataan panjang yang mendakwa konon Kerajaan Perpaduan kini berada di “persimpangan”

Dalam kenyataannya, Mohamad mengimbau perjalanan pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk kerjasama erat antara PH dan Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan politik semasa, termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak secara solo serta situasi politik di Negeri Sembilan yang didakwanya mengubah landskap kerjasama sedia ada.

Di penghujung kenyataannya, Mohamad mengemukakan persoalan yang dianggap mencerminkan kebimbangan terhadap masa depan gabungan tersebut.

“Apakah Kerajaan Perpaduan ini akan terus dipelihara, ataupun yang sebaliknya akan berlaku?”

Perkongsian itu hadir ketika kempen PRN Negeri Sembilan miula memuncak, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik dan pengguna media sosial yang melihat mesej tersebut sebagai satu bentuk naratif yang lebih sentimental berbanding pendekatan kempen biasa.

Sama ada ia sekadar luahan peribadi atau sebahagian daripada strategi komunikasi politik PH di Negeri Sembilan, ia kelihatan berbeza dengan pendekatan ketika PRN Johor baru-baru ini. – MYNEWSHUB

 

Tags: kempenNaratifNegeri Sembilanpakatan harapanPHPRNsedihSyadu
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd